WELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 7 June 2011

Cuba Renungkan.....

KE MANA KITA AKAN LARI?????



Selama ini kita sering terlupa bahawa kita semua yg ada di dunia ini akan menemui Sang Pencipta...apa yg kita lakukan akan sentiasa di lihat oleh-Nya.... tetapi kita selalu mempunyai rasa bangga dengan apa yg kita lakukan... tanpa memikirkan, setiap apa yg kita lakukan dan setiap kejayaan yg kita peroleh adalah datangnye dari Allah....

Kita sering alpa bahawa perkara yg lebih penting yg perlu kita lakukan dan telah kita abaikan tanpa ada rasa serba salah....sedangkan kerja dunia kita akan berasa syg jika kita hendak tinggalkan.... walaupon seminit....

Tapi kita sedarkah bahawa perkara yang wajib kita lakukan kita hanya lupakan begitu sahaja....tanpa ada rasa serba salah, tanpa ada rasa takut, kita alpa...kita sengaja, kita leka dengan urusan dunia....walaupon perkara yg wajib itu seharusnya dilakukan terlebih dahulu dr kerja2 yg lain....

Kita langsung tidak terfikir, apakah balasan yg akan kita terima di alam akhirat nanti?? pernahkah kita mengajak rakan2 untuk bersama-sama menyahut seruan Allah?? pernahkah kita lakukan itu semua??

Mungkin pernah...tapi hanya sementara sahaja....tidak berlaku secara berpanjangan.... mengapa????
mungkin ada sesetengah pihak tidak suka kita berbuat demikian.... mungkin kita akan dianggap sebagai pengganggu bagi mereka..... tapi sedarkah kita???? suatu hari nanti....soaalan yg pertama di tanya di dalam kubur nanti adalah SOLAT......

"Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Muat yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)''.
(Surah as-Sajadah:11)

Ke mana kita akan lari??? jika di dunia kita dapat melarikan diri kita daripada melakukan solat....dapat mengelak diri daripada ke masjid...dapat membuat alasan sekiranya kita di tanya tentang ''sudahkah kita mengerjakan solat pada waktunya''..... dapat menipu dari melakukan solat....

Tetapi, dapat kah kita lari dari semua jawapan itu apabila kita terbujur kaku di dalam kubur kelak?? bolehkah kita mencari seribu alasan bila kita berada di dalam kubur kelak??? 

Dapatkah kita melarikan diri daripada di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir??? bolehkah kita mencipta, kita mencari seribu alasan untuk menjawab setiap soalan yg di tanya??? BOLEH????

Sudah tentu kita tidak akan boleh memberi jawapan apa2...kerana setiap gerak geri kita, setiap perbuatan kita, dan setiap tutur kata kita telah di catat oleh Malaikat Munkar dan Nakir....

Oleh itu, kita sama2 lah berubah demi kebaikan diri sendiri....bersama-sama mencari keredhaan Allah untuk ke syurga firdausi... memperbanyakkan amal ibadah...meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah....nescaya Allah akan sentiasa melindungi kita dari sebarang godaan syaitan latnattullah.....

INSYA-ALLAH......


No comments:

Post a Comment